Rabu, 19 Januari 2011

Kaunseling

Kaunseling adalah secara asasnya satu hubungan berdasarkan kepercayaan dan rasa hormat di antara kaunselor dan mereka yang menjalani kaunseling, bagi membantunya menghadapi, atau menerima masalahnya yang bersifat emosi atau psikologi. Kaunseling bukan untuk memberitahu seseorang apa yang mesti dilakukan, memberikan penyelesaian mudah atau menjadikan seseorang itu bergantung kepada kaunselor.

Bagaimana ia membantu.

Selain dari masalah fizikal yang lebih ketara, kesan-kesan strok juga melemahkan emosi. Kemurungan, perasaan cemas, marah, tidak percaya dan “kenapa aku” adalah beberapa gejala yang akan melambatkan proses pemulihan.
Kaunseling bermakna mendengar luahan mangsa strok dengan cara yang tenang dan tidak menghukum. Membolehkan mereka mencari kelegaan dan berkongsi, untuk menguatkan kepentingan pendapat mereka dan kepentingan diri mereka sendiri. Diharap yang mangsa strok akan beransur-ansur mengatasi halangan-halangan psikologi yang mungkin melambatkan pemulihan mereka secara keseluruhan.
Kadang kala, kaunseling juga diberikan kepada ahli keluarga yang bermasalah menghadapi atau menyesuaikan diri dengan tanggungjawab dan perubahan gaya hidup dalam menjaga seorang mangsa strok. Prinsip-prinsip asas dalam kaunseling adalah setiap seorang mempunyai nilainya tersendiri, adalah unik, mampu berubah, dan mempunyai kekuatan dan tanggungjawab untuk berubah, oleh itu, perlu bertindak dengan kepercayaan yang ‘ada kehidupan selepas strok’.

0 komentar:

Posting Komentar